Kisah Abdullah Dzul Bijadain mendapat redha Rasulullah s.a.w
"Seandainya yang dikubur itu adalah aku." -Ibnu Mas'ud r.a-
Ada satu kisah yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dari Abu Maryam al-Azdi bahawasanya ada seorang pemuda Mekah datang kepada Nabi s.a.w, keluarganya telah mengambil seluruh hartanya kerana dia telah membuat satu kesalahan besar pada pandangan keluarganya iaitu dia telah memeluk Islam.
Harta satu-satunya yg dia miliki ialah kain yg dibahagi menjadi 2 bahagian. Satu bahagian untuk bahagian atas badannya & satu bahagian lagi untuk menutupi bahagian bawahnya. Ketika Nabi s.a.w melihatnya, baginda mahu menangis & berkata :"Aku pernah melihatnya sebagai seorang pemuda terkaya & pemuda yg terbaik yg ada di Mekah. Kemudian dia meninggalkan semua itu untuk menuju kepada ALLAH."
Dia ialah Abdullah Dzul Bijadain(orang yg memiliki 2 kain). Hari berganti hari, Rasulullah s.a.w mengisi hatinya dengan cinta, kasih sayang & rahmat. Dia turut serta bersama Rasulullah di dalam perang Tabuk & tidur bersama lebih 10 000 tentera Islam yg lain. Pada tengah malam, Ibnu Mas'ud terbangun & melihat ada api yg menerangi khemah terakhir di situ.
Lalu dia mencari Rasulullah tetapi tidak menemuinya. Dia mencari Abu bakar assiddiq tetapi juga tidak menemuinya. Dia mencari Umar tetapi tidak menemuinya juga. Maka Ibnu Mas'ud terus menghampiri api itu & menemui Rasulullah sedang menggali kubur sedangkan Abu Bakar & Umar sedang mengangkat jenazah seseorang untuk memasukkannya ke dalam kubur.
Ibnu Mas'ud berkata :"Jenazah siapakah ini ya Rasulullah? Nabi menjawab :"Ini ialah saudara kamu Abdullah Dzul Bijadain yg meninggal pada malam ini." Rasulullah meletakkan lengannya di bawah pipi Abdullah sementara air matanya bercucuran di atas pipi Abdullah di kegelapan malam.
Setelah Rasulullah menurunkan jenazah tersebut ke dalam kubur, baginda mengangkat kedua-dua tangannya menghadap kiblat & berdoa :"Ya ALLLAH Ya Tuhan kami, redhailah dia kerana aku telah redha kepadanya. Ya ALLAH Ya Tuhan kami, redhailah dia kerana aku telah redha kepadanya."
Lalu menangislah Ibnu Mas'ud sambil berkata : "Seandainya yang dikubur itu adalah aku."
Begitulah kisah yg sangat terkesan dalam jiwa setiap Muslim yg ingin meraih redha Rasulullah di akhir kematian. Mendapat redha Rasulullah bermakna mendapat redha ALLAH. Jika Rasulullah tidak redha pada kita, siapalah kita di hadapan ALLAH. Ya Rabb, rahmatilah Rasulullah & para sahabahnya, kami sangat rindukan mereka.
Di dalam hati terdetik pilu :"Seandainya yang dikubur itu adalah aku."
KUBUR ADALAH RUMAH MASA DEPAN KITA:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan berSILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Shalat, bebaskan sempitan itu dengan SHALAT
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimat "LAILAHAILALLAH"..


.jpg)

No comments:
Post a Comment