Thursday, 23 May 2013

ANTARA AKHLAK RASULULLAH S.A.W YANG PERLU KITA CONTOHI

Adakah kita pada hari ini memiliki sifat Al-Amin nabi atau Rasulullah s.a.w. Adakah kita seorang yang memiliki salah satu sifat baginda itu. Alangkah berbahagia diri orang yang memiliki sifat - sifat baginda dalam menjana kehidupan di dunia ini serta dalam menjalinkan kehidupan bermasyarakat ketika di dunia ini.

Sedangkan Rasulullah s.a.w seorang lelaki mempunyai perasaan malu, tetapi pada abad ini, berapa ramai golongan manusia khususnya wanita dan lelaki yang tidak ada perasaan malu. Kita tengok di kaca televisyen lelaki dan perempuan berzina dihadapan pokok-pokok dan batu-batu yang pernah dahulu mengucapkan selawat ke atas Rasulullah ketika pergi membuang air kecil. Malah mereka beratapkan pokok, berbantalkan tanah membuat perkara terkutuk itu. Sungguh menyedihkan sekali keadaan manusia masa kini. Apa yang paling jelas ialah mereka butakan hati, mereka belai hati mereka hingga menjadi hati batu yang tiada perasaan malu kepada Allah S.W.T. Sayang sekali mereka lupa bahawa Allah yang menjadikan mereka di dunia, mereka punyai pengetahuan bahawa semua perbuatan zina adalah terkutuk tetapi mereka butakan hati dengan munurut nafsu hasutan iblis.

Lihat juga wanita yang cukup tidak malu dengan pakaian separuh sahaja. Alangkah memalukan lagi mereka adalah wanita yang beragama Islam tetapi memalingkan muka terhadap hukum dan perintah agama Islam.

Ya Allah berilah kami peluang mendidik jiwa dan menanam bibit serta sifat-sifat amanah, mesra, sopan dan rasa pemalu Nabi junjungan Rasulullah s.a.w. Jadikanlah kami antara muslim dan muslimah yang tawaduk terhadap apa sahaja keadaan semasa hidup di duniaMu ini. Ya Allah jadikan kami hambaMu yang tergolong dari golongan 

No comments:

Post a Comment