Thursday, 23 May 2013

ANTARA AKHLAK RASULULLAH S.A.W YANG PERLU KITA CONTOHI

Adakah kita pada hari ini memiliki sifat Al-Amin nabi atau Rasulullah s.a.w. Adakah kita seorang yang memiliki salah satu sifat baginda itu. Alangkah berbahagia diri orang yang memiliki sifat - sifat baginda dalam menjana kehidupan di dunia ini serta dalam menjalinkan kehidupan bermasyarakat ketika di dunia ini.

Sedangkan Rasulullah s.a.w seorang lelaki mempunyai perasaan malu, tetapi pada abad ini, berapa ramai golongan manusia khususnya wanita dan lelaki yang tidak ada perasaan malu. Kita tengok di kaca televisyen lelaki dan perempuan berzina dihadapan pokok-pokok dan batu-batu yang pernah dahulu mengucapkan selawat ke atas Rasulullah ketika pergi membuang air kecil. Malah mereka beratapkan pokok, berbantalkan tanah membuat perkara terkutuk itu. Sungguh menyedihkan sekali keadaan manusia masa kini. Apa yang paling jelas ialah mereka butakan hati, mereka belai hati mereka hingga menjadi hati batu yang tiada perasaan malu kepada Allah S.W.T. Sayang sekali mereka lupa bahawa Allah yang menjadikan mereka di dunia, mereka punyai pengetahuan bahawa semua perbuatan zina adalah terkutuk tetapi mereka butakan hati dengan munurut nafsu hasutan iblis.

Lihat juga wanita yang cukup tidak malu dengan pakaian separuh sahaja. Alangkah memalukan lagi mereka adalah wanita yang beragama Islam tetapi memalingkan muka terhadap hukum dan perintah agama Islam.

Ya Allah berilah kami peluang mendidik jiwa dan menanam bibit serta sifat-sifat amanah, mesra, sopan dan rasa pemalu Nabi junjungan Rasulullah s.a.w. Jadikanlah kami antara muslim dan muslimah yang tawaduk terhadap apa sahaja keadaan semasa hidup di duniaMu ini. Ya Allah jadikan kami hambaMu yang tergolong dari golongan 

Wednesday, 8 May 2013

Kepimpinan Rasulullah s.a.w

CONTOHI KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W.

BismillahirRahmaanirRahiim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat-saudara yang dirahmati Allah,
Sebagai umat Islam, kita mestilah menjadikan baginda Rasulullah SAW sebagai ikutan dalam segenap aspek kehidupan kita. Ketika ini topik yang sering menjadi perbahasan ialah soal kepimpinan. Justeru dalam menentukan kepimpinan samada di peringkat organisasi mahupun negara adalah wajar kita mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman dalam al-Ahzab ayat 21:

Yang bermaksud: ((Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasanbaik) hariAkhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah). (QS Al-Ahzab ayat : 21).

Dalam soal kepimpinan, Islam menjelaskan bahawa iabukanlah satu kemuliaan yang dikejar, sebaliknya ia adalah amanah yang mesti ditunaikan dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kepimpinan juga bukanlah suatu kedudukan yang perlu direbut tetapi ia adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka yang layak dan mampu melaksanakannya dengan baik. Justeru Nabi SAW menasihati Abu Dzar r.a. yang meminta diberikan jawatan dengan bersabda:

Yang bermaksud: “Sesungguhnya engkau lemah, ia adalah amanah, pada hari Kiamat ia akan menjadi punca kehinanaan dan kekecewaan. Kecuali jika sesiapa yang mengambilnya dengan hak dan ditunaikan tanggungjawab tersebut”. (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini memberikan gambaran bahawa tugas kepimpinan bukanlah suatu yang harus direbut, kerana jika seseorang itu memilikinya dengan jalan yang salah seperti berbohong dan melakukan rasuah sedangkan dia tidak layak maka di hujung hidupnya dia akan menyesal akibat dari tindakannya itu. Sebaliknya mereka yang memegang tugas sebagai pemimpin kerana kebolehan dan sifat-sifat mulia yang ada pada diri mereka, nescaya Allah akan membantu mereka melaksanakan tanggungjawab yang diberikan, malah di akhirat kelak mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW adalah sebagai contoh pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang sempurna seperti amanah, siddiq, tabligh dan fatanah. Jika diteliti perjalanan sirah, sebelum kerasulannya lagi masyarakat Quraish sudah menggelarkan baginda “al-Amin” kerana keunggulan peribadinya. Contoh keperibadian yang unggul inilah yang menjadi tarikan ramai untuk menerima dakwah dan mengikuti segala tunjuk ajar baginda SAW.

Walau bagaimanapun sebagai pemimpin, cabaran yang dihadapi oleh baginda juga cukup hebat. Sebagai contoh Abu Jahal seorang pemimpin kanan Quraish, pernah menawarkan jawatan raja, perempuan cantik, dan harta kekayaan, supaya Rasulullah SAW meninggalkan perjuangan Islam. Namun, Rasulullah SAW menolak semua tawaran itu yang merupakan racun yang akan merosakkan keperibadian baginda SAW sebagai seorang pemimpin ummah yang menjadi tauladan.

Abu Jahal pula, adalah lambang dan watak kepimpinan korup yang tidak bermaruah sehingga merosakkan negara dan memecah belahkan masyarakat yang akhirnya semasa di dunia lagi telah menerima balasan azab terhadap kekejaman yang dilakukannya seperti juga yang pernah berlaku kepada Fir'aun, Haman, dan Qarun.

Kepimpinan adalah antara perkara penting yang mencorakkan kehidupan umat Islam, kerana baik pemimpin baiklah rakyatnya dan apabila rosaknya pemimpin maka rosaklah rakyatnya. Kepimpinan adalah bermula dari institusi yang kecil iaitu keluarga, kemudian dalam organisasi, institusi masyarakat hinggalah kepimpinan negara.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 30:

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah, wahai Muhammad) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi…” (QS Al-Baqarah ayat 30)

Ayat ini menjelaskan tentang tugas Rasulullah SAW sebagai ‘khalifah’ yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk memimpin dan mengatur kehidupan manusia di bumi dengan berdasarkan wahyu dan syariat Allah SWT, supaya kehidupan mereka teratur dan memperolehi keredhaan Allah SWT.

Sahabat saudaraku Fillah,
Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam kepimpinan. Baginda SAW telah mengingatkan umat Islam bahawa setiap orang adalah pemimpin yang mempunyai tanggungjawab masing-masing yang wajib dilaksanakan dengan sempurna, sabdanya baginda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud:

“Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang imam adalah pemimpin dan bertanggungjawab atasrakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas penggunaan harta suaminya.Seorang khadam (pembantu) adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas harta tuannya (majikannya). Dan seorang anak lelaki adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap penggunaan harta bapanya.”(H.R. al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan tentang skop kepimpinan dan tanggungjawab yang diamanahkan ke atas diri seseorang. Rasulullah SAW telah menyebut lima model pemimpin yang menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, iaitu:

1. Imam iaitu pemimpin masyarakat, ia merujuk kepada semua pemimpin dalam masyarakat dari gelaran kecil hinggalahgelaran besar atau dari jawatan ketua rumah, ketua pejabat, ketua organisasi, ketua institusi, ketuajabatan, ketua syarikat, ketua daerah hinggalah kepada ketua negeri dan negara.

2. Suami, ia merujuk kepada ketua keluarga dalam sebuah rumahtangga yang mempunyai anak isteri. Dia mempunyai tanggungjawab dan amanah besar dalam mendidik keluarganya.

3. Isteri adalah sebagai ketua dalam menguruskan rumahtangga termasuk memelihara hartamilik suami dan menjaga maruahnya.

4. Khadam atau pembantu. Merujuk kepada semua yang bergelar pembantu dalam apa jua urusan organisasiatau institusi. Mereka bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan oleh majikan.

5. Anak lelaki. Merujuk kepada anak-anak yang akan berfungsi sebagai ketua dalam melaksanakan tanggungjawabmenjaga dan mengurus harta bapa mereka khususnya selepas kematiannya. Anak-anak juga wajib memelihara nama keluarga dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mengaibkan ibubapa.

Kelima-lima contoh pemimpin yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW ini memberikan gambaran betapa luasnya skop kepimpinan dalam Islam. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa amanah kepimpinan akan dibangkitkan di akhirat kelak. Seorang pemimpin akan melalui mahkamah Allah dengan mudah sekiranya dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, sebaliknya perjalanannya di akhirat menjadi sukar sekiranya dia mengkhianati amanah yang diberikan.

Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh rasa tanggungjawab yang besar dalam urusan kepimpinan baginda. Sebagai contoh dalam soal harta zakat. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW solat Asar bersama para sahabat, selepas solat baginda bergegas masuk ke rumahnya. Kemudian sahabat bertanya kenapakah baginda bergegas masuk ke rumah. Baginda SAW menjelaskan bahawa selepas solat, baginda teringat di dalam rumahnya ada ketulan emas dari harta zakat, lantas baginda masuk mengambilnya untuk diagihkan segera kerana baginda bimbang harta tersebut dibiarkan bermalam di rumahnya dan lewat diagihkan kepada mereka yang sangat memerlukan.

Baginda SAW juga telah menunjukkan kepada kita bahawa pemimpin mestilah menjadi contoh kepada rakyatnya. Dalam peperangan Khandak, apabila ada sahabat mengadu kepada baginda betapa sukarnya untuk memecahkan seketul batu besar ketika menggali parit, baginda SAW sendiri terjun ke dalam parit dan memecahkannya sendiri.

Inilah yang sebenarnya contoh kepimpinan melalui tauladan yang sanggup melakukan apa sahaja demi rakyatnya. Adalah tidak wajar pada hari ini jika ada pemimpin yang menunjukkan tingkahlaku yang tidak baik dan mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada mereka. Pemimpin yang berakhlak mulia, mentaati Allah SWT dan menunaikan amanah akan sentiasa disayangi dan dekat di hati rakyat.

SELAMAT MERENUNGINYA, MENGHAYATI DAN BERFIKIR DENGAN BIJAKSANA DAN INGATLAH KITA AKAN DITANYA DI HADAPAN ALLAH TAALA DAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI AKHIRAT....DI HARI PERHITUNGAN & HISAB TENTANG SIAPA PEMIMPIN YANG KITA PILIH SEMASA HAYAT KITA DI DUNIA.

Wallahu'alam.

Tuesday, 7 May 2013

Suara Wanita.........

Sebenarnya suara wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat.
Maksudnya di sini kebanyakan ulama’ mengatakan suara wanita dalam percakapan biasa di had
apan lelaki bukan mahramnya tidaklah aurat. Namun begitu, ada juga yang menyatakan aurat .
Yang menjadi persoalannya di sini ialah suara wanita yang dilunak-lunakkan seperti dalam nyanyian,nasyid atau percakapan yang dilunakkan, adakah ia aurat atau bukan aurat, harus atau haram.
Di sana terdapat dua pendapat ulama’.
Pendapat pertama dari Imam Al Suddi, Ibnu Manzur, Ibnu Athir mengatakan ianya adalah aurat, yaitu apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi, bernasyid atau melunakkannya di hadapan lelaki bukan mahramnya.

Dalil mereka adalah berdasarkan firman Allah SWT yang memberi amaran kepada kita tentang suara wanita(bermaksud):

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan suaranya (lembut dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Berdasarkan dalil ayat serta pendapat ualama yang dikemukakan ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita, ia adalah dibenarkan.
Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah (alasan) suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.

Kebiasaannya apabila persembahan dibuat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih, ketat dan tudung juga tidak menutup dadanya dengan baik.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata-kata, apatah lagi penyanyi atau penasyid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”.

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.
Pendapat yang kedua pula mengatakan harus.
Ini adalah pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.
Hujah mereka ialah Nabi saw pernah membiarkan hamba wanita menyanyi sedangkan pada masa itu Abu Bakar r.a menegur Aisyah dengan berkata, suara syaitan apa ini? Namun Nabi SAW membiarkan sahaja Aisyah menonton persembahan itu tanpa melarangnya. Ini menunjukkan Nabi SAW membenarkan wanita menyanyi di khalayak lelaki.
Saya memetik pandangan seorang ulama’:
”Dalam konteks dakwah, ada ulama’ yang berpandangan tidak salahnya kalau dibenarkan wanita menyanyi di khalayak ramai. Kerana dibimbangi sekiranya kita terlalu ‘ketat’ dalam masalah begini maka ia akan merugikan Islam dan dakwah Islam sekaligus menjadikan Islam kelihatan bukan satu Ad Din yang meraikan naluri manusia dengan memandu naluri manusia mengikut acuan Islam.
Naluri manusia terutama anak muda ialah mereka mahukan hiburan. Jadi kita kena kemukakan bentuk hiburan mengikut acuan Islam. Jangan kita asyik bantah dan sekat program hiburan.
Kita hendaklah memandu bukannya menghukum. Kita kena bawa Islam kepada masyarakat mengikut kemampuan mereka dengan mengambil kira kelemahan umat di akhir zaman ini”.
Demikian pendapat seorang ulama’ kita.
Namun, apa yang penting hendaklah dijaga beberapa syarat , pertama mereka mesti menjaga adab-adab iaitu menutup aurat. Kedua tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah. Ketiga, tidak bersolek dan berpakaian sempurna seperti yang dituntut ke atas wanita muslimah. Selain itu hendaklah dipastikan suasana majlis tiada percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram.
Dan atas nama dakwah juga majlis/pertunjukan itu hendaklah digunakan untuk berdakwah kepada golongan yang hanya pergi majlis hiburan sahaja, tidak pergi masjid, surau dan majlis ilmu untuk mengaji ilmu agama, dengan menyelitkan sedikit tazkirah dan zikir kepada Allah dengan menyatakan kelebihan-kelebihannya kepada mereka . Peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang syumul. Dengan harapan mudah-mudahan akan terbuka hati mereka untuk mendekati Islam,mengkaji dan seterusnya menjadi orang soleh dan solehah serta meninggalkan maksiat pada satu hari nanti. 

Sunday, 5 May 2013

Empat golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka.

Bismillahirrahamaanirrahiim.

Perempuan merupakan penyumbang yang paling besar menyebabkan lelaki masuk ke dalam Neraka Allah, Banyak lelaki yang terjebak ke dalam maksiat kerana perhiasan wanita, terutama pada zaman sekarang terlalu ramai perempuan yang mendedahkan aurat mereka sehingga menyebabkan berlakunya maksiat dan sebagainya. Perempuan yang tidak mempunyai kesedaran agama adalah diibaratkan sepertimana anak panah syaitan yang sentiasa memanah lelaki-lelaki sehingga berlakunya perkara maksiat. 

Contohnya di pameran model kereta itu mempunyai gadis seksi, mesti ramai lelaki yang akan mengunjungi kedai keretanya bukan kerana mahu membeli kereta, tetapi nak tengok perempuan seksi. Firman Allah yang bermaksud “Jangan hampiri zina”. Frman Allah yang bermaksud lagi : "Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakaranya ialah manusia dan batu-batu ... "

Terdapat empat golongan lelaki yang ditarik ke Neraka disebabkan wanita, sepertimana di bawah ini :

1) AYAHNYA.

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2) SUAMINYA.

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Membiarkan isterinya tidak menutup aurat. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke Neraka.

3) ABANGNYA.

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam.... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4) ANAK LELAKINYA.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Empat golongan inilah yang akan masuk ke neraka Allah disebabkan oleh wanita, mari bermuhasabah diri masing-masing, adakah kita tergolong dalam golongan ini, kalau tergolong marilah bertubat, beristiqfar dan cepat-cepat memohon ampun kepada Allah akan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. 

Redha Rasulullah s.a.w

Kisah Abdullah Dzul Bijadain mendapat redha Rasulullah s.a.w

"Seandainya yang dikubur itu adalah aku." -Ibnu Mas'ud r.a-

Ada satu kisah yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dari Abu Maryam al-Azdi bahawasanya ada seorang pemuda Mekah datang kepada Nabi s.a.w, keluarganya telah mengambil seluruh hartanya kerana dia telah membuat satu kesalahan besar pada pandangan keluarganya iaitu dia telah memeluk Islam.

Harta satu-satunya yg dia miliki ialah kain yg dibahagi menjadi 2 bahagian. Satu bahagian untuk bahagian atas badannya & satu bahagian lagi untuk menutupi bahagian bawahnya. Ketika Nabi s.a.w melihatnya, baginda mahu menangis & berkata :"Aku pernah melihatnya sebagai seorang pemuda terkaya & pemuda yg terbaik yg ada di Mekah. Kemudian dia meninggalkan semua itu untuk menuju kepada ALLAH."

Dia ialah Abdullah Dzul Bijadain(orang yg memiliki 2 kain). Hari berganti hari, Rasulullah s.a.w mengisi hatinya dengan cinta, kasih sayang & rahmat. Dia turut serta bersama Rasulullah di dalam perang Tabuk & tidur bersama lebih 10 000 tentera Islam yg lain. Pada tengah malam, Ibnu Mas'ud terbangun & melihat ada api yg menerangi khemah terakhir di situ.

Lalu dia mencari Rasulullah tetapi tidak menemuinya. Dia mencari Abu bakar assiddiq tetapi juga tidak menemuinya. Dia mencari Umar tetapi tidak menemuinya juga. Maka Ibnu Mas'ud terus menghampiri api itu & menemui Rasulullah sedang menggali kubur sedangkan Abu Bakar & Umar sedang mengangkat jenazah seseorang untuk memasukkannya ke dalam kubur.

Ibnu Mas'ud berkata :"Jenazah siapakah ini ya Rasulullah? Nabi menjawab :"Ini ialah saudara kamu Abdullah Dzul Bijadain yg meninggal pada malam ini." Rasulullah meletakkan lengannya di bawah pipi Abdullah sementara air matanya bercucuran di atas pipi Abdullah di kegelapan malam.

Setelah Rasulullah menurunkan jenazah tersebut ke dalam kubur, baginda mengangkat kedua-dua tangannya menghadap kiblat & berdoa :"Ya ALLLAH Ya Tuhan kami, redhailah dia kerana aku telah redha kepadanya. Ya ALLAH Ya Tuhan kami, redhailah dia kerana aku telah redha kepadanya."

Lalu menangislah Ibnu Mas'ud sambil berkata : "Seandainya yang dikubur itu adalah aku."

Begitulah kisah yg sangat terkesan dalam jiwa setiap Muslim yg ingin meraih redha Rasulullah di akhir kematian. Mendapat redha Rasulullah bermakna mendapat redha ALLAH. Jika Rasulullah tidak redha pada kita, siapalah kita di hadapan ALLAH. Ya Rabb, rahmatilah Rasulullah & para sahabahnya, kami sangat rindukan mereka.

Di dalam hati terdetik pilu :"Seandainya yang dikubur itu adalah aku."

KUBUR ADALAH RUMAH MASA DEPAN KITA:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan berSILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Shalat, bebaskan sempitan itu dengan SHALAT
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimat "LAILAHAILALLAH"..

Saturday, 4 May 2013

COUPLE????????

Kenapa ramai sgt org zaman skrg yang suka bercouple? Penting ke couple tu? Siapa yang tak pernah couple pasti akan di label "tak laku". Especially bagi yang perempuan.... Kadang2 saya rasa kesian bagi yang berfikiran macam tu. ramai jgak yang berpendapat, kita kena cuba dulu baru boleh ambil pengajaran daripada pengalaman tu.... tapi bagi saya, tak perlu kita nak cuba semuanya. betul tak? sebagai contoh, merokok. takkan nak kena try merokok dlu bru ambil iktibar.... macam tak logic je kan? sama lar macam couple... bercouple ni merupakan salah satu langkah tuk mendekati zina....... tu sbbnya saya tak nak cuba langsung benda alah tu.... tapi ramai yang tak faham dan buat mcm2 spekulasi........ hm...... susahkan nak puaskan hati orang ni. bla buat yang betul jadi salah. bla buat yang salah tu lagi la salah. pada yang dah bercouple tu....... saya tak salah korg2 smua.... kita da sbb masing2 knapa nak buat dan tak nak buat sesuatu benda tu kan. itu terpulang kepada diri masing2. 

Antara sbb2 sya tak suka bercouple :-

1) couple tu salah satu cara mendekati zina
2) haram kalau couple tapi tak da niat nak nikah
3) tak nak dicemari oleh lelaki2 yang bukan mahram seperti dari air mutlak jadi air musta'mal
4) takut

5) tak minat
6) di cegah dalam islam.
7) lebih berminat tuk bercinta lepas nikah
8) takut jadi mcm org zaman skarg.
9) risau da mana2 pihak yang sakit hati sbb benda alah tu'
10) tak nak timbul fitnah
11) tak suka terikat dgn cara yang tak sah
12) tak nk cemarkan hak yang betul2 berhak keatas diri ini....

ada satu cerita yang berkaitan dengan couple ni...... jom baca di bawah ni.....

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...
kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

SYEIKH: kamu suka dia?

FULAN: ya syeikh....

SYEIKH: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

FULAN: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

SYEIKH: bila kamu akan menikahinya?

FULAN: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

SYEIKH: jadi kenapa kamu rosakkan dia?
kamu bukan nak menikah sekarang?
kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?
kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?
kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? bukankah cara itu lebih suci? wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal. ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya... apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?  sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran... sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, 
tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan.. 
itu tandanya akal mereka sangat pendek... nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka.... bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina.... dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini.... jadi
janganlah pandang remeh perkara zina ini... sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina..... apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki di luar sana yang gemar permainkan wanita...
ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk... memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi.... fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan... wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya... sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka.. jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI??? lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah.... korang ada akal kuat..korang tak bodoh.... korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang... tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan, korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang? kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..

dipetik daripada wall   https://www.facebook.com/ahbabul.mustofa.904?

hc_location=timeline